Sah! Running Man Kembali Bersiar Dan Bakal Tebus Kekecewaan Peminat


Kejutan demi kejutan diterima peminat rancangan hiburan nombor satu Korea Selatan ‘Running Man’. Dari berita Kang Gary meninggalkan rancangan tersebut atas alasan mahu kembali fokus dalam bidang nyanyian sehinggalah Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dipecat tanpa diberitahu.

Paling memeranjatkan apabila pihak SBS mengumumkan rancangan tersebut bakal berakhir pada Februari tahun ini.

Namun begitu, menurut laporan dari Soompi pihak SBS sekali lagi mengeluarkan kenyataan baharu pada 24 Januari mengenai program Running Man kembali menemui penonton. Ini merupakan satu berita baik pada semua peminat Running Man yang kini masih lagi bersedih.

Sumber dari SBS mengatakan, “Pengarah Urusan Bahagian Hiburan SBS, Nam Seung Yong yang merupakan pengasas bagi program ini telah bertemu dengan kesemua ahli Running Man pada awal tahun ini. Beliau memohon maaf dengan apa yang telah terjadi semasa program ini diubah semula dan bermohon agar enam ahli program kembali menyertai semula.”

Pengarah Nam Seung Yong berkata, “Terima kasih kepada ahli ‘Running Man’ kerana sanggup membuat keputusan yang sukar ini. Dan kepada para peminat, kami akan kembali semula dengan aksi dan episod yang lebih menarik untuk menebus semula kekecewaan anda terhadap kami.”

Walaubagaimanapun masih belum ada laporan lagi mengesahkan bila tarikh semula siaran rancangan ini dan enam ahli Running Man, Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo masih lagi sebagai ahli tetap program.

Pelik Tapi Benar, Penjara Merah Jambu Pertama Anda Pernah Lihat


Kebiasaannya apabila sebut tentang penjara mesti kita akan bayangkan sebuah bangunan yang berwarna suram sama ada berwarna kelabu ataupun coklat dan semestinya ia akan mengambarkan mood yang tidak ceria.

Disebabkan itu ada sebilangan penghuni penjara yang mengalami tekanan emosi dan mendorong mereka untuk bertindak agresif.


Oleh kerana itu sebuah penjara di Switzerland telah mengambil langkah warna penjara di situ kepada warna merah jambu kerana ia dapat menenangkan emosi penghuni penjara tersebut.

Menurut pakar psikologi Danial Spath, tahap kemarahan tahanan dapat dikurangkan dalam waktu yang singkat apabila mereka tinggal dalam sel yang berwarna merah jambu.


Bahkan sebelum ini pada tahun 2006 lagi, warna merah jambu telah digunakan untuk penjara di Texas dan para penghuni diarahkan untuk memakai pakaian seragam berwarna merah jambu.

Aduh… Tak Serik, ‘IPOH’ Kena Panjat Lagi


KERANA ingin meraih populariti segera, seorang lagi remaja dikesan memanjat papan tanda gergasi ‘IPOH’ namun kali ini di papan tanda di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Simpang Pulai, di sini.

Menggunakan nama “kerabupauh” di Instagram, pemuda berkenaan memuat naik dua keping gambar yang memaparkan aksinya berdiri di atas huruf “p” pada mercu tanda itu sambil memegang telefon bimbitnya.

Manakala gambar yang lain pula adalah aksi dirinya mengambil gambar swafoto menggunakan selfie stick.

“IPOH geli-geli…boleh laaaa,” tulis pemuda itu pada kapsyen gambarnya yang dimuat naik kira-kira 18 jam lalu.


Bagaimanapun, semakan mendapati remaja berkenaan sudah menukar nama di Instagramnya selepas dia dihujani pelbagai respons yang antaranya menulis “mohon serah diri” dan hashtag #silameninggal.


Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada remaja tersebut bertindak sedemikian secara bersendirian atau berkumpulan.

Majlis Perbandaran Ipoh mengatakan siasatan lanjut akan dijalankan sebelum kenyataan penuh berhubung kejadian tersebut dikeluarkan.

31 Disember lalu, sekumpulan remaja terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita bertindak memanjat papan tanda ‘IPOH’ yang kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Berdebar Menjelang Pernikahan, Sharnaaz Ahmad Dekatkan Diri Kepada Allah SWT

Dalam masa dua bulan lebih sahaja lagi, pelakon Sharnaaz Ahmad akan melangkah ke alam rumah tangga bersama kekasihnya Noor Nabila. Meskipun tampak macho dan “steady” daripada luar, Sharnaaz bagaimanapun akui beliau rasa berdebar menjelang hari pernikahannya.


Saya akui saya rasa berdebar. Kadangkala saya rasa sukar untuk tidur dan melelapkan mata. Makin lama makin susah. Apa yang saya risaukan pun, saya sendiri kurang pasti. Selalunya, kalau saya tahu apakah punca yang membuatkan saya rasa resah, saya akan selesaikannya secepat mungkin. Tapi kali ini berbeza kerana saya rasa blur tanpa sebab.

Sharnaaz kini sudah melakukan persiapan untuk bergelar suami dan turut mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah satu perkara yang mudah.


Tarikhnya semakin hampir. Saya sedar yang selepas ini tanggungjawab menjadi semakin besar. Selepas berkahwin, saya harus bekerja lebih kuat untuk isteri dan keluarga. Tidak hanya melakukan persiapan perkahwinan, saya juga mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk bergelar suami. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berkahwin. Rasanya baru semalam saya masuk ke dalam industri ini.

Selepas dua tahun bercinta, Sharnaaz pada 18 Disember 2016 telah mengambil keputusan untuk merisik Noor Nabila.


Tanpa mengikat tali pertunangan, Sharnaaz dan Noor Nabila bakal diijabkabulkan pada 31 Mac ini di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Lumpur.

Sumber

Nora Danish Mahukan Majlis Akad Nikah Sahaja Tanpa Wang Hantaran dan Majlis Pertunangan

Tidak mahu berlebih-lebih untuk mengadakan majlis perkahwinan kali kedua ini, Nora Danish mahukan sebuah majlis akad nikah yang ringkas tanpa wang hantaran serta majlis pertunangan.


Nora yang sebelum ini pernah menyatakan mahu melangsungkan majlis perkahwinannya bersama Nedim Nazri pada tahun lalu berharap supaya ia dapat diadakan pada tahun ini.

Kali ini, dia hanya mahukan sebuah acara wajib sahaja iaitu ijab dan kabul. Harapannya untuk berkahwin ini sememangnya ada, tetapi setakat ini, Nora tidak mahu mendedahkan tarikh tersebut kerana takut jika ia tidak jadi.


“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” ujar Nora kepada BH Online.

“Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” katanya.

Nora sebelum ini pernah berkahwin bersama Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada tahun 2006 dan kemudiannya berpisah selepas dua tahun berkahwin.

Selebriti Hollywood Paling Seksi Di Golden Globe 2017

Pabila tiba sahaja acara anugerah besar-besaran, apa yang dinantikan sudah pastinya acara karpet merah untuk melihat gaya dan stail selebriti ternama Hollywood yang hadir memeriahkan lagi malam anugerah buat industri hiburan.


Mungkin sesetengah menganggap yang seksi itu bergantung pada sifat seseorang, tetapi sebenarnya ia juga terpancar menerusi pakaian, personaliti, kebijaksanaa, bentuk tubuh serta cara seseorang itu menonjolkan aura seksi itu sendiri.

Tahun ini, acara Golden Globes 2017 boleh kata penuh dengan trend gaya seksi memukau.  Tidak kira dari busana mahupun solekan yang dipilih kala melayari karpet merah acara berprestij ini, kedua-duanya boleh menjadikan seseorang itu tampak seksi.

Kamithemedia himpunkan gaya selebriti paling seksi di Golden Globes 2017.

Kristin Cavallari


Selebriti manis ini tampil seksi dengan busana potongan bodycon. Rekaannya di bahagian leher dihasilkan dengan konsep plunging neckline dan ini yang menampakkan gaya Cavallari lebih seksi.

Mandy Moore



Aktres juga penyanyi popular ini kelihatan seksi dengan busana potongan plunging neckline berona biru Navy.

Priyanka Chopra


Selebriti popular dari Bollywood ini kelihatan seksi dengan solekan vampy pilihannya iaitu dengan rona gincu maroon gelap.

Olivia Culpo


Olivia tampil dengan solekan mata yang lebih gelap gothic untuk serlahkan gaya seksi.

Jessica Biel


Jessica hadir dengan busana thigh-high slit serta menyerlahkan gaya urban itu menerusi solekan minimalisnya.

Elsa Pataky


Isteri kepada Chris Hemsworth ini tampil dengan busana bermaterialkan lace jarang serta dipadankan dengan choker berona silver.

Nicole Kidman


Aktres ini tampil dengan pakaian bermaterialkan jarang. Ini sekaligus menghidupkan aura seksi Nicole di Golden Globes 2017.

Pasangan Bahagia Tak Akan Tayang Semua Benda Di Media Sosial


Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?

Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah 'hal dalam kain' berkait rumah tangga juga turut dikongsi!

Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.

Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka...

1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa

Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.

Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik  gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.

Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau takut masuk kategori RIAK

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4.  Tak nak bahayakan kehidupan keluarga

Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.

5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.

19 Langkah Untuk Menjadi Suami Mithali


Wahai semua lelaki, adakah anda memiliki sifat suami idaman setiap wanita? Tidak kisahlah sama ada anda sudah beristeri, bakal bernikah, atau belum mempunyai calon, kita sentiasa boleh memperbaiki diri dan cuba untuk mengukuhkan hubungan dengan isteri.

Berikut adalah sifat-sifat suami idaman yang diulas daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

1. Pasang Niat
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Senyum
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

4. Jadi Teman Bual
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

5. Telefon dan Beri Mesej Cinta
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

6. Jadi Pak Lawak
Suami idaman tidak semestinya kelakar, tetapi cuba menghiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

7. Cari Peluang Bergurau Manja
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

8. Makan Bersama
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

9. Mandi Bersama
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

10. Bantu Kerja Rumah
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda. Percayalah, walaupun isteri anda tidak meminta tolong, pasti dia akan menghargai pertolongan anda.

11. Berbincang
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Sentiasa Nampak Hensem!
Sebagai suami idaman, pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

13. Lemah-lembut dalam Nasihat
Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

14. Belanja Isteri
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

15. Peka dan Ambil Berat
Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

16. Bawa Keluarga Ke Arah Islam
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. Penuhkan dada dengan ilmu agama walaupun sesibuk mana.

17. Jaga Rahsia Isteri
Suami idaman wanita tidak akan memburukkan isteri atau sesiapa sahaja. Malah, mereka sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

18. Ambil Hati Keluarga Isteri
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

19. Bijak Urus Stress
Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Kendall Jenner Tayang Tatu Ular Di Pinggulnya. Lihat Gambar!


Bintang realiti dan ‘it girl’ masa kini, Kendall Jenner menggemparkan ramai apabila menayang tatu barunya pada khalayak.

Teruja? Untuk makluman anda, ianya bukanlah tatu sebenar tetapi tatu palsu untuk editorial majalah sahaja. Alaaa…

Foto – www.etonline.com

Model berusia 21 tahun itu menjadi muka depan untuk V Magazine isu 2017 yang menampilkan dirinya bergambar seksi bersama ukiran tatu berbentuk ular di bahagian punggung.

Sebelum ini, V Magazine telah melakukan pengambaran dengan tema yang sama bersama beberapa nama besar seperti Joan Smalls, Amber Valletta, Lara Stone, Ellen Rosa dan Carolyn Murphy, yang masing-masing bergambar dengan ukiran tatu tersendiri.

Amber Valleta. Foto – V Magazine/Mario Testino

Lara Stone tampil seksi dengan ukiran tatu palsu berbentuk hati di bahagian lurah dadanya. Foto – V Magazine/Mario Testino

Ellen Rosa. Foto – V Magazine/Mario Testino

Foto – V Magazine/Mario Testino

Joan Smalls. Foto – V Magazine/Mario Testino

Jadi, cool atau tidak gambar editorial sebegini?

Anak Shuib, Siti Sarah Hilang Di Pusat Beli Belah, Semalam


PASANGAN selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah mengalami detik cemas apabila anak kedua mereka yang berusia 4 tahun, Talita, hilang di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, semalam.

Menurut satu sumber menerusi Forum Cari, anak perempuan pasangan ini hilang ketika mereka sekeluarga sedang membeli-belah di kompleks berkenaan.



Pasangan ini bagaimanapun bernasib baik apabila anak perempuan mereka berjaya ditemui semula satu jam kemudian dalam keadaan yang selamat.

Siti Sarah menerusi akaun Instagramnya turut mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan dia turut mengakui kesilapan dirinya.


“Semalam satu pengajaran dalam hidup saya.. Zakira Talita Zahra hilang di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur! Ia hanya perlukan 5 saat untuk terjadi.. Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu,” tulisnya.

Pada masa yang sama, penyanyi lagu Kesetiaan ini turut mengucapkan terima kasih kepada pekerja Monorel bernama Aisyah yang telah menjaga anaknya ketika kehilangan itu.