8 Tips untuk memikat hati wanita

shares |

Bagaimana kita nak pikat hati seorang wanita.. Sebenarnya mudah nak tawan hati wanita yang kita suka, sebab kita (lelaki) diberikan kelebihan untuk meng'ayat' dan wanita pula diberi kelebihan men'goda'. Selama ni kita semua tertanya-tanya apa wanita cari selamat ini dalam diri lelaki bukan..? Ni dah masuk 99 kali aku clash..tak pernah tersangkut ikan kat mata pancing ni.. Kau pakai bomoh apa ye.. sampai awek yang tengok kau semua mata jadi juling.. haha

Nak pikat hati bakal 'makwe' bakal 'mertua' pun boleh juga.. Sebagai lelaki yang mahu memikat wanita, anda MESTI kena pandai berkawan dengan ramai orang. Kerana, dari sinilah anda akan mudah mendapat bantuan dan contacts. Yang penting, lelaki yang penuh dengan keyakinan adalah lelaki yang PASTI wanita akan mudah suka. Betul tak Girl?..

Untuk memudahkan lagi kaum lelaki, di sini saya akan berikan beberapa tip yang boleh lelaki mencubanya. Dan wanita boleh membantu lelaki membuka minda mereka luas-luas to see a real bigger picture…


TIPs 1 – Confident – Confident yang saya maksudkan di sini adalah lebih kepada BERANI. Tidak takut pada cabaran atau kegagalan. Especially, first time berkenalan…WAJAH kena cool dan relax. Jangan takut-takut atau segan, “Err…eh..err..Hi, saya…saya… Ahmad huhuhu” itu FAILED!! – First, KOSONG kan jiwa anda yang asyik fikir nak memikat tu… dan anggap, gagal ke, dia tak layan ke, NO HAL! – Okay, now…kenalkan diri dengan tenang dan suara yang jelas, “Hi, saya Ahmad” – practice selalu…dengan ramai girls, soon anda akan penuh dengan keyakinan diri.

TIPs 2 – Secret admirer : Untuk lelaki pemalu dan segan sangat untuk mendekati wanita. So langkah pertama adalah menjadi PEMINAT no 1 dia secara rahsia. Kena relax dan Slowly kenal dia, follow daily status dia. Cuba ketahui apa yang dia suka dan tak suka dulu. Kemudian, cuba hubungi melalui sms, message atau Jika anda ada email dia… anda bolehlah emailkan lirik lagu bersama lagu kepadanya. JANGAN tulis bunga-bunga, jiwang-jiwang atau hantar lirik sedih pulak beb…Kalau boleh lirik yang memberi semangat. Akhirkan email anda dengan, daripada, ‘Secret Admirer’ – So that cover part being romantic…wanita mana tak suka lelaki romantik.

TIPs 3 – Perhatian : Wanita sukakan perhatian, so give her that! TAPI JANGAN OVER DO IT! Nanti wanita akan rasa anda macam DESPERADO – Selalu bersama wanita dan cuba penuhi apa yang diingini, dahulukan apa yang diidamkan, buatkan wanita merasa diri mereka penting, dihargai dan amat diperlukan. Tetapi dalam masa yang sama, anda juga kena buatkan anda masih ada tanggungjawab terhadap orang lain dan perlu juga memberi perhatian pada kerja, keluarga dan kawan-kawan. Ini akan membuat wanita merasa inginkan LEBIH perhatian dari anda, nak lagi, lagi dan lagi hehehe…

TIPs 4 – Good Story : Wanita suka sesiapa saja yang pandai bercerita. Saya yang tak hesem ni pun tak pernah gagal Try laa guna cara ni mulakan dengan, “Eh nak dengar cerita tak?” hehehe.. sure semua girls yang ada kat situ akan terus saja ternanti-nanti cerita yang anda nak cerita. Tapi cerita anda kena interesting laaa… pendek dan padat serta ada info yang sangat menarik. Cerita yang kelakar pasti dapat memikat wanita punya. So, belajar kat internet. Banyak cerita yang best-best. Then berlatih bercerita seorang diri di depan cermin… lihat diri anda sendiri dan create the best of you!

TIPs 5 – Jadi Penghibur : Lelaki penghibur tidak pernah gagal memikat wanita! Itu daya penarik tuk rapatkan lagi dengan wanita..Masa sekolah dulu saya ada seorang kawan, dia sangat kelakar rupa biasa je.. saya gelarkan dia dengan panggilan 'itik' dari mana saya dapatkan nama gelaran tu pun dah tak ingat.. Tapi nama gelaran tu laa buat kami still rapat sampai sekarang walaupun dah berjangut...RAMAI girls cepat rapat dengan dia, kerana dia suka menghibur, suka buat lawak, suka buat muka kelakar, tiba-tiba je dia boleh tiru suara orang, funny sangat PLUS dia selit-selit selamba mengorat. Kalau duduk dengan dia memang tak kering gusi lah. Tapi yang best nya, dia buat sikit-sikit je, so all this girls, asyik kata… “Buat lagi-buat lagi…”

TIPs 6 – Menyakat : Tidak semua wanita suka disakat atau kena mengata la kan. BUT jika dibuat secara bergurau dan sakat sikit-sikit, buat dia rasa malu sikit ianya akan menarik minat wanita itu untuk jadi rapat dengan anda. Prihatin terhadap apa yang boleh buat dia malu…dan sakat la dia sikit-sikit, provoke dia just a little bit, kemudian pujuk la balik. AGAIN, don’t over do it.

TIPs 7 – Mendengar : Wanita suka lelaki yang dengar apa yang mereka mahu TANPA mereka memberitahu. So cara untuk anda dengar adalah dengan FOKUS pada reaksi wajah wanita itu. Sebelum anda berkenalan dengan rapat, cuba fahami wajahnya. Reaksi mukanya. Dari situ, anda akan boleh mula mengambil berat tentangnya. Especially apabila dia menghadapi masalah, tanya dia… “Are you okay?” – Satu soalan yang tidak pernah gagal memikat wanita. The next step dia akan cakap, “I’m fine, tak da apa-apa” …you must ask, “Are you sure… ada apa-apa yang boleh I bantu” – Itu dah cover part ‘CARING’ jadi, a good listener to her problems, do that dan anda akan mudah rapat dengannya!

TIPs 8 - Bertindak sekarang! : Jika mahukan wanita, bertindak sekarang. Jangan fikir itu dan ini… First survey, perhati, take note…and JUST DO IT! Jika anda inginkan seseorang, anda kena TAKE ACTION untuk memilikinya. Jika kemudian tu anda gagal memilikinya, it’s okay… just go to the next one. Jangan buang masa berfikir, “Dia nak kat aku ke tak? Dia layan aku ke tak ni?” – akhirnya anda hanya membiarkan dia berlalu, orang lain yang dapat! Bertindak sekarang! jangan jadi penonton bola, jadi pemain…Approach… call, contact, Just do it!

akhir advise from saya…
Kekayaan adalah satu bonus untuk membuat wanita terpikat pada anda, NAMUN ianya bukan yang utama. Ramai wanita yang berkahwin dengan orang kaya, tak bahagia pun. Merana lagi ada… Yang penting adalah personaliti kita!
Memikat cinta adalah bermula dari dalam diri anda. Mula menjaga keperibadian anda… berubah menjadi seorang yang berpakaian bersih, kemas dan rapi. Jaga nafas agar sentiasa segar dan tidak berbau. Hormati sesama insan dan selalu mengambil berat dan memberi semangat kepada semua orang di sekeliling anda. Bantu mereka yang memerlukan pertolongan… That’s all it takes! Penjagaan dan perubahan semua ini, sudah cukup untuk anda memikat sesiapa saja tanpa anda memulakan langkah yang pertama.

TIP UTAMA : COMBINED semua tip-tip dan penjagaan personaliti diri anda… you’ll have any girls at anytime! Tapi jujur dan ikhlas ya, then kahwin la okay :0 – All the best and good luck! -aminin

Related Posts