Adakah Anda Tahu Keburukan Menggunakan Laptop Tanpa Bateri?

shares |


Penggunaan laptop sambil mengecas bateri memang ternyata akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tetapi sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Hal ini berlaku disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepatkan kerosakan.

Selain menyimpan daya,fungsi bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil,ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda.

Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun. -esempoi

Related Posts