Disamun & Ditetak Dengan Pisau Pemotong Daging

shares |

Nasib malang menimpa seorang gadis apabila dia disamun dan ditetak dengan pisau pemotong daging di kawasan rumahnya di Pandan Indah.


Menurut Effy Faathirs, pelajar KLMU, suspek telah menunggu kehadirannya. Suspek berlari ke arah mangsa dengan bersenjatakan pisau pemotong daging dan cuba merampas barang milik mangsa.

Bagaimanapun, mangsa enggan beralah terpaksa bergelut dengan suspek tersebut. Tindakan mangsa itu membuatkan suspek berang lalu menetak mangsa agar melepaskan beg dan telefon pintarnya.

Mangsa berjaya mendapatkan telefon bimbitnya semula namun mengalami kecederaan yang agak teruk.

Lagi gambar dibawah:







Mangsa sempat mengecam suspek yang menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru dengan nombor pendaftaran WUP7682.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kanan bahu, lengan, jari telunjuk dan telah mendapat rawatan di hospital. -mymediahub

Related Posts