Video Inside: Elizabeth Tan Semakin Mantap

shares |


Nah tengok.. Dah makin maju selangkah kehadapan dah Elizabeth Tan. Kalau sebelum ini dia banyak buat cover video rekod sendiri-sendiri je, sekarang siap dah ada official video cover sendiri. Nyanyi lagu Royal by Lorde, siap featuring dengan street percussion band lagi.


Mantap. Sempoi habis...!

Apa yang aku nampak suara Elizabeth Tan ni memang boleh pergi jauh. Jarang dapat jumpa amoi cina yang boleh menyanyi sebegini sedap. Suka nyanyi lagu melayu pulak tu. Confirm ramai jejaka-jejaka malaya terakhir yang akan tangkap cintan dengannya.

Rakaman video dia yang paling baru, rakaman nyanyian lagu Selamat Hari Raya. Yang ni pun best, dah jadi ala-ala Saloma moden. Lagu lama diberi nafas baru. Apa-apa pun korang enjoy ye video dia kat bawah.


Terasa muhibah sangat bila ada bangsa lain yang sudi nanyikan lagu raya kita. Nice...!

Related Posts