Ibu 4 Anak Diserbu Tanpa Pakaian Dalam

shares |

Bapa kepada lima anak dan pasangannya yang juga ibu kepada empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga minggu dan denda RM2,600 selepas mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.


Hakim Mahkamah Rendah Syariah Terengganu Kamalruazmi Ismail turut mengarahkan pasangan kekasih itu dipenjarakan lima bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas Nordin Ismail, 48, dan pasangannya Juliah Yusof, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

“Sebagai seorang suami dan isteri, kamu berdua sepatutnya menjaga keluarga kamu. Bukan perkara yang munasabah untuk kamu melakukan perbuatan ini.

"Ini jelas mengkhianati keluarga kamu sendiri dan segeralah bertaubat atas dosa yang kamu lakukan.
“Dalam usia sebegini, adalah sangat tidak wajar kamu melakukan perbuatan keji seperti ini dan sebagai ibu bapa kamu sepatutnya memberi contoh terbaik kepada anak,” demikian kata Kamalruazmi dalam penghakimannya.

Berdasarkan pertuduhan, sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang menerima maklumat awam melakukan serbuan di sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan di Jalan Cherung Lanjut, di sini, kira-kira jam 11.05 pagi pada 19 Mei lalu.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pasukan penguat kuasa mendapati pintu tertutup rapat serta berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas dua minit penguat kuasa mengetuk pintu dan selain memberi salam.

Pintu dibuka oleh seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tanpa baju dan pemeriksaan lanjut penguat kuasa ke dalam bilik berkenaan menemui seorang wanita yang hanya berseluar jeans tanpa pakaian dalam bilik air.

Hasil soal siasat kemudian mendapati mereka bukan pasangan suami isteri.

Pendakwaan kedua-dua kes dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Related Posts