Nora Danish & Nabila Huda bikin kecoh pula

shares |

Sedar atau tidak, tahun ini sudah 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Haa, korang tau ke tak apa tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ini?


Kalau nak tahu, temanya adalah ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’.

Dah cakap mengenai merdeka ni, kami ada lihat beberapa foto Nora Danish & Nabila Huda sambut kemerdekaan tau. Percaya atau tidak, Nora dan Nabila dikepung oleh orang ramai kerana bersama-sama mengibarkan bendera di beberapa stesen LRT.


Bukan dikepung sebab tak suka, tetapi mereka turut sama mengikut Nora dan Nabila menyebarkan semangat kemerdekaan dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Kalau korang nak tahu, Amy Search pun ada sekali tau. Kami ada tonton sebuah video yang dimuat naik Nora, amboi, bukan main meriah dan seronok lagi mereka bertiga ni! Malah, rata-rata pengikut Nora, Nabila dan Amy Search turut berbangga dengan apa yang mereka lakukan ni.

Untuk pengetahuan, tujuan mereka mengibar bendera dan menyanyi adalah untuk sama-sama mengikuti Ops Gerak Merdeka. Jadi korang tunggu apa lagi?

Mari sama-sama fikir apa cara untuk kita semarakkan lagi semangat kemerdekaan kita seperti Nora, Nabila & Amy Search. Jom!

Related Posts