Pengawal Keselamatan Tembak Mati Perompak Ambank

shares |


Percubaan merompak sebuah bank untuk kali kedua di Jalan Sungai Dua hari ini digagalkan kerana seorang pengawal keselamatan telah menembak mati salah seorang suspek.

Tindakan pengawal keselamatan Ambank yang tidak diduga itu menyebabkan rakan perompak terpaksa melarikan diri dengan tangan kosong.

Kedua-dua perompak ini dipercayai adalah orang yang sama merompak bank berkenaan pada 29 Mei yang lalu dan mereka berjaya melarikan RM60,000 tunai.

Modus operandi mereka kali ini, menyimbah petrol dalam premis bank dan mengancam untuk membakar bank berkenaan jika permintaan mereka tidak dituruti.

Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan memuji tindakan berani pengawal keselamatan yang mengambil tindakan yang pantas. -thestar

Lagi gambar dibawah:








SUPPORT MY NEW BLOG

http://seposen.info

Related Posts