Rumah pangsa paling sempit di dunia

shares |


Sebuah rumah pangsa di sini boleh diiktiraf sebagai bangunan paling sempit di dunia, sehinggakan kerusi pun tidak muat untuk dimasukkan ke dalam rumah tersebut.

Terletak di Jalan Ningbo di bandar raya ini, bangunan itu kelihatan tidak lebih daripada dinding bata yang dibangunkan berhampiran dengan sebatang jalan.

Bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada blok rumah berbentuk segi tiga.

Kebanyakan penduduk mengatasi masalah kesempitan rumah berkenaan dengan menambahkan ruang di bahagian beranda.

Sesetengah penulis blog menyamakan bangunan berkenaan dengan bangunan Flatiron di New York, ekoran rupa bentuknya yang nipis dan bentuknya yang seakan-akan seterika baju.

Bangunan Flatiron kini menjadi mercu tanda dan kawasan tarikan pelancong bandar raya tersebut. Terletak di Fifth Avenue, bangunan itu dianggarkan bernilai AS$190 juta (RM613.13 juta).

Related Posts