Siti Saleha Bercuti Ke Portugal, Jumpa Bakal Mertua?

shares |

Walaupun dilihat begitu berahsia mengenai hal peribadinya daripada pengetahuan umum mengenai lebih-lebih lagi hal percintaannya, namun ramai juga peminat setia Siti Saleha tahu yang aktres itu kini sedang bercinta dengan jejaka yang berasal dari luar negara.

Daripada sumber-sumber beberapa portal hiburan sebelum ini, teman lelaki Saleha dikatakan berasal dari Portugal dan sudah beberapa tahun berkhidmat di Malaysia.

Baru-baru ini juga Saleha dilihat bercuti di negara kelahiran buah hatinya.


Mungkinkah kunjungan aktres berusia 24 tahun itu adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi keluarga bakal suaminya?

Kalau betul, pastinya peminat si cantik manis ni dah tak sabar nak lihat pelakon kesayangan mereka bergelar isteri orang.

Apa-apa pun jom lihat gambar-gambar menarik Saleha sepanjang percutiannya di sana! - mynewshub





Related Posts