(Video Inside) Britney Spears belajar tarian ‘Gangnam Style’

shares |

Rancangan bual bicara terkenal dunia, The Ellen DeGeneres Show telah menjemput Britney Spears dan Simon Cowell dalam rancangannya.

Apa yang menarik apabila Ellen membicarakan tentang lagu dan budaya Gangnam Style yang sememangnya sedang melanda dunia pada ketika ini. Tiba-tiba, PSY muncul dan mengajar Britney bagaimana untuk menari tarian kuda mereka. Apalah rupa si Britney ni bila buat “horse dance” ni kan?


Tapi cuba anda fikirkan, jika dulu dunia dilanda demam Wonder Girls, sekarang sekali lagi dunia dilanda demam yang sama tapi kali ini oleh PSY. Pernah terfikir bagaimana dalam masa yang singkat, Korea dapat membawa dunia hiburan mereka ke satu dunia.

Bagaimana lagu yang tidak difahami maksudnya ini, boleh menjadi Top One di US? Jika orang US yang tidak fahami maksud lagu ini boleh melayan lagu ini mungkin kerana muzik dan alunan lagu yang hebat, agak-agak Malaysia boleh atau tidak?

Ya, boleh sebenarnya kerana tiada bezanya kita dengan Korea Selatan cuma yang menjadi persoalan, entah bila Malaysia dapat hasilkan lagu yang hebat hingga dapat menembusi pasaran Hollywood. Kata-kata bahasa menjadi halangan nyata silap sama sekali kerana PSY dah pun membuktikannya.

Bila direnung kembali, segelintir rakyat Malaysia jangan kata cuba nak majukan diri, siap dengan lagu Gangnam Style ni pun nak dengki. Ingat suka dengki sesama melayu je, rupanya dengan orang Korea pun bantai nak mendengki. Kalau tak suka, abaikan sahaja.

Tak perlulah nak “take care” sangat konon-konon lagu ini patut diboikot kerana menghina Rasulullah lah, mengajak orang menjadi Yahudi lah dan pelbagai lagi. Tak tahulah dari mana mereka dapat maklumat yang salah tu kemudiannya asyik menyebarkan tanpa ambil inisiatif untuk mencari maklumat yang sebenar. -ohmedia

Related Posts