Adakah Konsert Shila Amzah Ditaja Syarikat Judi Punca Media Melayu Tidak Dijemput?

shares |


Berikutan konsert penyanyi Shila Amzah yang dikatakan tidak mendapat liputan daripada media berbahasa Melayu Malaysia, Shila meluahkan perasaannya melalui laman sosial Instagram.

Shila seolah-olah membandingkan liputan yang diperolehi daripada media China yang membuat liputan meluas tentang konsertnya namun tidak bagi media Melayu Malaysia.

Perkara itu mengundang pelbagai komen dan salah satu yang ada yang memaklumkan bahawa media berbahasa Melayu memang tidak dijemput menghadiri konsert itu.


Walaubagaimanapun, Shila menafikan perkara tersebut dengan memuatnaik sekeping gambar bukti kedatangan dan tandatangan pihak media yang hadir ke konsertnya pada malam tu.

Bukan setakat itu sahaja, timbul pula isu terbaru bahawa kononnya konsert Shila tersebut telah mendapat tajaan daripada sebuah syarikat perjudian.

Menurut laporan yang dikeluarkan Kosmo! mendedahkan antara faktor kepada pada awalnya tiada media berbahasa Melayu dijemput adalah kerana ia mendapat tajaan daripada syarikat judi terbesar Malaysia.


Oleh yang demikian, demi menjaga sensiviti masyarakat, pihak penganjur khabarnya tidak mahu menjemput langsung media melayu namun pihak akhbar Berita Harian dan Kosmo! sendiri telah meminta diberikan tiket untuk menghadiri konsert tersebut atas dasar bangga dengan pencapaian Shila Amzah selama ini.

“Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya”

“Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?” tulis wartawan Kosmo! hari ini.

Jika benar seperti apa yang disampaikan, maka fahamlah kenapa hanya dua media berbahasa Melayu sahaja yang dijemput hadir.

Related Posts