Aeril Zafril Mohon Dikembalikan Dokumen Peribadi, Bukannya Kereta

shares |

Pelakon Aeril Zafril mohon dipulangkan kembali dokumen peribadi dia dan isterinya di dalam kereta Suzuki Swift yang dipercayai hilang dan difahamkan kini dalam simpanan syarikat MIG Production.


Menurut pengurus aktor itu, Shahriman Wahab, Aeril tidak mahu pun kereta itu cuma dia inginkan balik dokumen peribadinya.

Menerusi rakaman audio yang dikongsikan, wakil pihak MIG telah menyuruhnya menarik balik laporan polis.

“Wakil MIG suruh saya tarik balik laporan polis namun saya tidak boleh berbuat demikian kerana ia sudah menjadi kes polis dan tidak mahu siasatan kes ini terganggu. Pada mulanya saya terkejut dengan panggilan telefon, dan tidak menyangka adakah kereta tersebut dalam simpanan mereka atau pun tidak, ” katanya dihubungi Murai.

Berdasarkan kronologi, kereta itu hilang pada bulan Jun 2013 berdekatan rumah Shahriman sekitar Petaling Jaya.

Ketika kejadian Wawa Zainal tiada di lokasi kerana telah pulang ke Sabah. Menjadi prosedur apabila kereta hilang dan terus membuat laporan polis.

“Kereta itu dibayar oleh Wawa menerusi potongan duit lakonan atau duta produk yang dia perolehi hasil dalam simpanan menerusi syarikat itu termasuk wang pendahuluan kereta tersebut. Kereta ini memang dibeli atas nama syarikat kerana Wawa tidak mencukupi syarat-syarat untuk pembelian kereta,” ujarnya

Ketika ditanya adakah pihak MIG bercadang untuk membincangkan hal ini, Shahriman menjawab tiada apa-apa lagi cadangan daripada syarikat itu dan panggilan yang diterima oleh wakil MIG kira-kira 2 bulan yang lalu.

“Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mendatang, sekiranya ingin berbincang, saya tidak ada apa masalah, sekali lagi saya ingin tekankan ialah Aeril tidak mahu pun kereta itu kembali cuma yang dia inginkan adalah barangan dan dokumen peribadinya,” katanya mengakhiri perbualan.


SUPPORT MY NEW BLOG

http://seposen.info

Related Posts