Aweera Tinggalkan KRU, Mahu Bergerak Sendiri

shares |

Bukan kerana sengketa. Difahamkan bekas vokalis kumpulan Mojo iaitu Aweera, kini sudah bergerak sendiri. Selain sudah tamat kontrak dengan pihak pengurusan KRU sendiri, Aweera memberitahu dia lebih selesa kini untuk dikenali sebagai penyanyi solo sahaja.


Memilih Sony Music sebagai syarikat pengurusan yang baharu, Aweera menjelaskan sudah hampir tiga bulan dia meninggalkan Mojo dan KRU.

“Jangan salah faham, saya tiada masalah dengan sesiapa. Ini adalah keputusan saya sendiri. Dengan pihak KRU juga saya sudah berbincang secara baik, jadi memang kebetulan sebenarnya kontrak saya juga sudah habis," katanya.

Nama Aweera betul-betul berada di kemuncak sewaktu bersama Mojo. Bila berani buat keputusan begini tidak takut ke kembali bermula dari bawah? Kata Aweera, dia selesa untuk bergerak solo dan percaya dengan syarikat pengurusan terbaharunya ini.


“Saya sudah bersedia. Saya fikir semuanya terpulang nanti. Jika ada permintaan yang mahu saya bawakan lagu lama saya bersama kumpulan Mojo juga tiada masalah boleh diuruskan. “Saya sebenarnya sudah mempunyai single terbaharu, tidak terlalu jauh genrenya dari saya bersama Mojo," katanya.


SUPPORT MY NEW BLOG

http://seposen.info

Related Posts