Ayam Goreng Berbulu, Menu Baru KFC?

shares |

Anda peminat tegar KFC dan mengikuti perkembangan menu restoran makanan segera ini? Kalau ya betulkah ayam goreng berbulu menu terbaru di sana?

Ia disebabkan gambar ayam goreng KFC dengan sisa bulu masih terdapat padanya kini beredar di laman-laman sosial.


Bulu ayam yang dikesan pada ayam goreng tu pula bukanlah bulu-bulu halus yang biasa terdapat di tengkuk ayam tu tapi bulu pelepah terus!

Bulu ini jadi isu sebab semua orang tahu, ayam yang dikategorikan bersih sebelum dimasak adalah ayam yang telah disembelih, dibersihkan sepenuhnya daripada bulu dan dicuci dari kotoran lemak, darah dan sebagainya.

Tapi kalau dah bulu pelepah pun boleh tertinggal macam mana kira tu

Sekiranya gambar ini benar makan diharapkan KFC mengambil berat isu ini kerana ia mewakili soal kebersihan.

Apa pun dari segi resipi ayam goreng KFC memang tip top dah sebab bayangkan dalam dok bising pasal jumpa bulu ayam pun pelanggan anda makan habis ayam tu sampai tinggal tulang belulang je.

Related Posts