Dafi Kini Dilantik Sebagai Duta U-Mobile

shares |


Selepas perlantikannya sebagai duta korporat jenama makanan kesihatan baru-baru ini, penyanyi muda berbakat besar Dafi, 25, dilantik pula sebagai duta syarikat telekomunikasi U Mobile.

Merupakan duta pertama syarikat berkenaan, majlis perlantikan rasmi Dafi dengan U Mobile telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini sebentar tadi.

Ketua Pemasaran Komunikasi dan Jenama, U Mobile Sdn Bhd, Jeanette Lee berkata perlantikan Dafi bertepatan sekali dengan personaliti penyanyi berkenaan yang ceria sesuai dengan semangat syarikatnya.

"Dafi seorang yang muda, dinamik, progresif, merendah diri yang selari dengan cara kami di U Mobile. "Kreativiti yang ada padanya membuatkan kami teruja dan kami tak pernah bosan apabila berjumpa dengannya," kata Jeanette Lee ketika pelancaran berkenaan sebentar tadi.

Berkuat kuasa bermula awal September lalu, perlantikan Dafi sebagai duta U Mobile akan berpanjangan selama 12 bulan dan dia akan terbabit dengan beberapa kempen, promosi serta iklan jenama berkenaan.

Disamping perlantikan itu, Dafi melancarkan album keduanya berjudul #D4F1 yang akan berada di pasaran minggu depan.

Sempena pelancaran itu, Dafi turut menghiburkan tetamu dan rakam media dengan dua buah lagunya, Salahkah Aku dan Dalam Hati Ini.

Related Posts