David Teo Kurangkan Bayaran Artis Untuk Terus Buat Filem "Sampah"

shares |

Produser syarikat Metrowelath (MIG) Sdn Bhd, Mejar K. David Teo akui dia telah mula mengurangkan bayaran pelakon-pelakonnya bagi membolehkannya terus kekal mengeluarkan filem walaupun keadaan industri filem kini sedang mengalami zaman kemurungan.


David Teo berkata biarpun perit, pelakon atau artis terutama yang berada di bawah naungannya terpaksa akur kerana tiada pilihan lain selain menerimanya ketika industri filem sedang merosot.

“Walaupun apa yang terjadi kepada industri filem negara kita, MIG akan terus menghasilkan filem tanpa henti dalam apa jua keadaan. Sebagai penghasil filem kami perlu mempertahankan industri filem tempatan.

“Bayangkan kalau saya berhenti buat filem, bagaimana dengan pendapatan pekerja atau krew produksi syarikat saya? Bagaimana pula mereka hendak sara kehidupan mereka dan keluarga mereka.

“Jadi salah satu caranya adalah selain memotong kos produksi dan krew, saya juga terpaksa mengurangkan bayaran pelakon dan artis dibawah naungan saya supaya mereka terus ada job kerana tidak ramai yang berani buat filem sekarang ini.

“Saya tahu tak semua artis boleh menerima kenyataan ini tetapi jika artis itu memamhami dan tahu bagaimana perjalanan industri filem sekarang ini mereka pasti akur,” katanya kepada murai.com.my David Teo ditemui ketika pelancaran filem Adik Abang di pejabat syarikatnya, baru-baru ini.

David Teo beritahu lagi, memandangkan situasi kini amat sukar buatnya untuk menghasilkan filem yang banyak dalam masa sebulan, jadi dia beritahu kualiti dan pericnian kepada stiap filem kali ini akan dipertingkatkan.

“Jika dulu saya boleh hasil beberapa buah filem dalam 1 bulan tetapi kini sebulan mungkin 1 filem sahaja kerana kami akan menjamin kualiti kepada setiap filem.

“Ianya juga memakan masa yang sama supaya lebih perincian dilakukan supaya kos yang dikeluarkan tidak sia-sia dan filem yang lebih kualiti dapat dihidangkan kepada penoton,” jelasnya lagi.

Filem Adik Abang yang dilakonkan oleh Farid Kamil, Intan Ladyana, Fadlan Hazim, Adiba Yunus dan ramai lagi itu baru sahaja memulakan penggambaran pada 30 Ogos lalu.

Selain Adik Abang, MIG beberapa filem yang telah menunggu untuk tayangan seperti Tangan, Gloryfying Love, Kelibat dan Kaki Kitai.

Related Posts