Diana Danielle Dikutuk Peminat Kerana Berbaju Sendat

shares |

Sejak berkahwin dan bergelar ibu, macam banyak pula kontroversi yang menghimpit pelakon Diana Danielle.


Sebelum ini, Diana dilapor bergaduh dan tidak berbaik dengan ibu kandungnya dan terbaharu, pelakon cantik ini terpalit kontroversi apabila pakaian ketat yang dipakainya dikutuk sebilangan besar pengikutnya di laman sosial.


Ramai yang menegur t-shirt berkolar berwarna putih yang dipakainya kelihatan sangat ketat sehingga menampakkan susuk payudaranya selain kesan pakaian dalam yang dipakainya.

Ada juga yang memberikan komen seolah-olah Diana bertelanjang dengan penampilannya ketika menjadi artis jemputan untuk program Meletop kelolaan Nabil Ahmad dan Neelofa, Selasa lalu.

Diharap Diana mengambil kira dan mempertimbangkan komen-komen positif yang diberikan, yang mana sesuai dengan imejnya kini yang sudah bergelar ibu kepada cahaya mata comel, Muhammad.

Mungkin ada betulnya kata-kata peminat tu.. apa pula kata anda, ketat sangat ke baju Diana ni? -mynewshub

Related Posts