Elly Mazlein Bakal Bernikah November Ini

shares |

Sekitar Ogos tahun lalu, ada khabar angin mengatakan yang pasangan Elly Mazlein dan pengarah Azmi Hatta telah memutuskan pertunangan mereka gara gara tempoh yang terlalu lama diambil oleh mereka berdua untuk mendirikan rumahtangga.


Namun, semua spekulasi bakal berakhir tidak lama lagi selepas Elly Mazlein mengesahkan yang dirinya akan bernikah dengan tunang, Azmi Hatta pada 9 November 2014.

Bercakap kepada Media Hiburan, Elly Mazlein pada awalnya memberikan tarikh sekitar September untuk berkahwin namun terpaksa ditunda atas sebab sebab tertentu.

Elly hanya akan mengadakan majlis pernikahan bagi menghormati pemergian ibunya yang telah meninggal dunia pada 11 Mei lalu.

Tahniah didahulukan buat kedua dua pasangan ini. Semoga yang dihajati itu tercapai hendaknya.

Related Posts