Imam Masjid Putrajaya Tidak Akan Lupa Pengalaman Urus Jenazah Mangsa MH17

shares |


Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Abdul Manaf Mat menyifatkan pengalamannya semasa 44 hari menguruskan jenazah mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines di Belanda adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Dia merupakan antara petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pulang ke tanah air hari ini berkata, dalam tempoh waktu itu petugas berhadapan dengan peralihan cuaca panas ke sejuk serta berpuasa selama 19 sehingga 20 jam.

Jelasnya, tiada perbezaan bagi menyelesaikan ibadah tersebut namun sedikit janggal kerana lokasi pengurusan jenazah jauh beribu batu di negara orang selain memikirkan hanya untuk menyempurnakan kewajipan fardu kifayah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Related Posts