Kerajaan Filipina Umum Kerja 4 Hari Seminggu

shares |


Manila: Kerajaan Filipina mengumumkan perlaksanaan kerja 4 hari seminggu bagi kakitangan awam di bandar raya ini untuk mengurangkan kesesakan trafik yang teruk di ibu negara Filipina.

Menerusi skim baru itu, pejabat kerajaan di bandar raya Manila mempunyai pilihan untuk memilih peraturan baru itu bagi menggantikan skim kerja 5 hari seminggu.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC) Dr Francisco Duque, perlaksanaan itu juga bertujuan membolehkan kakitangan awam menyeimbangkan kehidupan dan kerja serta meningkatkan kecekapan.

Bagaimanapun, masalah utama yang mendorong perlaksanaan itu adalah keadaan trafik yang teruk di Manila.

“Setiap hari pekerja awam dan swasta berdepan dengan masalah untuk ke tempat kerja kerana kesesakan trafik. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk ke tempat kerja daripada melaksanakan tugas,” katanya.

Walaupun kakitangan awam bekerja 4 hari seminggu, mereka perlu menghabiskan 40 jam waktu bekerja sepanjang tempoh itu. Di mana waktu bertugas kakitangan awam akan ditambah 2 jam setiap hari dan ini menjadikan 10 jam berbanding 8 jam sebelum ini.

Related Posts