Khabar Buruk Untuk Semua Pengguna Facebook

shares |


Satu khabar angin yang yang mula tersebar minggu ini yang mengatakan Facebook bakal mengenakan bayaran sebanyak $2.99 (RM9.72) terhadap penggunanya bermula 1 November ini adalah tidak benar sama sekali.


Berita yang dikeluarkan pada 22 September itu (semalam) telah mendapat 87,571 likes, 83,157 shares dan juga 200,936 komen di Facebook. Selain itu, berita itu juga telah mendapat 1,736 retweet di Twitter.


Khabar angin itu bermula apabila salah satu laman web yang menyebarkan berita palsu, National Report, mula menyebarkan artikel mengenai perkara berkenaan.

Yang peliknya, berita berkenaan mendapat liputan meluas menyebabkan kekeliruan dalam pengguna.

Selain itu, laporan itu juga memberitahu bagi siapa yang tidak mampu, mereka boleh mengelakkan bayaran dengan membuat status "saya miskin" di wall masing-masing. (haha yang ni sangat lucu) Biasanya berita-berita seperti ni akan diviralkan di Malaysia melalui Whatsapp dan juga FB dalam sehari dua lagi.

Related Posts