Kisah Kerjaya Brooklyn, Anak Kepada David Beckham

shares |

Ibu bapanya adalah individu kaya dengan pendapatan dianggarkan bernilai RM533 juta. Namun Brooklyn Beckham yang merupakan anak kepada pasangan terkenal dan legenda Manchester United, David Beckham dan penyayi Spice Girls, Victoria diajar supaya berdikari.


Remaja berusia 15 tahun itu diajar menghargai wang, bagaimana caranya? Iaitu dengan bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai kopi, dengan pendapatan kira-kira RM15 sejam.

Bagaimanapun disebabkan usianya bawah umur, dia tidak boleh bekerja lebih tujuh jam sehari. Brooklyn sebaliknya perlu diberikan waktu rehat selama sejam selepas empat jam bekerja.

Salah seorang pekerja di kedai kopi itu memberitahu, Brooklyn telah bekerja di situ dan hubungannya dengan pembancuh kopi yang lain adalah baik.

Cerita mengenai Brooklyn yang bekerja bagi mencari duit sendiri itu meskipun ibu bapanya adalah orang kaya telah menjadi contoh kepada remaja lain.


Dia mendapat pujian daripada orang ramai di media sosial kerana sanggup bekerja di situ walaupun boleh hidup mewah.

Sumber dipetik dari Pounsikou

Related Posts