Kontrak Cinta, Hebat Budak Sekolah Zaman Sekarang

shares |

Macam-macam ragam budak sekolah sekarang. Emak ayah hantar pergi sekolah suruh belajar, ini dah bercinta pulak.


Yang menariknya, budak-budak sekarang bercinta siap ada kontrak. Bagus betulah, memang memandang jauh kehadapan. Senang ye tak, kalau jadi apa-apa boleh bawak naik mahkamah! Tapi kontrak kali ini memang sungguh menggelikan hati.

Apa tidaknya, siap bertajuk “Kontrak Perpisahan Sharil Hakimi dan Nor Suhaila”


Ingatkan nak bercinta je pakai kontrak, nak tukar teman lelaki pun sama. Ayatnya sinis tapi menggelikan hati. Berikut isi kandungan kontrak mereka ; 
"Dengan ini, saya Siti Norsuhaila Binti Mohamad ingin melepaskan Shahril Hakimi kepada Farah Nasuha. Ini adalah kerana mereka saling mencintai dan saya sudah memiliki orang lain yang lebih baik daripada Hakimi.Dan saya tidak mencintai Hakimi lagi,” 
Chewahh! Kelass ayat ko dek… Ini kalau kertas Bahasa Melayu UPSR tak dapat A, memang saja je kan. Harap-harap kontrak ini cuma gurauan sajalah.

Apa-apapun, kami nak pesan belajar dulu pandai-pandai dek, kesian mak ayah nak tengok awak berjaya. Semoga Berjaya!

Related Posts