MH370: Maira Elizabeth Nari Mimpi Ayahnya Berada Di Hutan

shares |

Kuala Lumpur: Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugari MH370 yang ayahnya hilang bersama Malaysia Airlines MH370 setengah tahun yang lalu berkata dia selalu mempunyai mimpi mengenai ayahya itu.


“Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan untuk memberi petunjuk melalui mimpi jika ayah saya masih hidup dan untuk tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya,kata Maira”.

“Mimpi pertama adalah ayah saya berada di dalam hutan dan sedang melihat saya dan juga terbaring dalam satu `kolaj gambar’.

“Mimpi kedua pula ayah saya pulang untuk meraikan satu parti di rumah makcik saya dalam rambut panjang. Manakala dalam mimpi ketiga,ayah saya nampak kurus kering dan tiada mempunyai rambut”

Maira juga berkata harapan untuk ayahnya kembali tidak pernah pudar dan mimpi ini adalah satu petunjuk.

Related Posts