Neelofa Beli Range Rover Bernilai Setengah Juta?

shares |

Neelofa Beli Range Rover Bernilai Setengah Juta, Apa Kaitan Dengan Kerabat Diraja? Best tak headline kali ni.

Haa, korang mesti tertanya-tanya berita apa iols nak tulis kan? Baca dulu sampai habis, headline kenalah kencang, betu tak?


Macam ni, semalam di beberapa blog hiburan, foto pelakon dan pengacara sensasi, Neelofa disamping sebuah kenderaan mewah jenis Range Rover hangat diperkatakan tau.


Mana taknya, kereta tersebut bernilai lebih setengah juta baq hang! Mahu tak juling mata peminat yang melihatnya. Hehe. Tapi apa nak hairan kan, Neelofa pun bukan tak mampu nak beli kenderaan mewah macam tu.

Iyalah, business Neelofa kan mancanak-canak popular dipasaran sekarang. Jika benar itu merupakan kereta baru gadis ini, kami ucapkan tahniah buat Lofa. Namun, nampaknya masih ada pihak yang tak suka dengan rezeki yang diraih pengacara rancangan Meletop ni.

Hingga ada yang sanggup mengatakan ada orang sponsorlah, kalau ada rupa, semuanya boleh dapat dengan senanglah, macam-macam lagi. Ish ish ish, tak baik cakap macam tu tau.


Dalam pada itu, beberapa komen dari peminat telah menarik perhatian kami.

Nak tahu apa? Dah tentulah mengenai gosip Neelofa bakal berkahwin dengan kerabat diraja. Peminat pun dah sama galak gelar Neelofa "Permaisuri Lofa" tau.


Betul ke tidak ni? Lofa pun masih enggan buka mulut lagi. Tapi, kami ada dengar-dengar yang gosip ini bukan sekadar gosip saja. Hah! Apa maksudnya, jom kita fikir sama-sama.

Apapun, kalau kenderaan tu memang milik Lofa, kita seharusnya sama-sama berbangga kerana Lofa beli dengan hasil titik peluhnya sendiri. Betul tak Lofa?

Yang mengenai percintaannya dengan kerabat diraja tu, biarlah Lofa sendiri yang menjawabnya nanti.

Related Posts