Pejabat Istana Kelantan Temui Media? Ada Kaitan Dengan Isu Perkahwinan Dan Neelofa?

shares |

Kecoh pula di media sosial semalam mengenai cerita mengatakan ada pihak dari Pejabat Istana Kelantan telah temui media. Menjadi tanda tanya kenapa pihak berkenaan menemui pihak media.

Adakah ia ada kaitan dengan isu perkahwinan kerabat diraja Kelantan dengan pelakon dan pengacara jelita Neelofa yang heboh sebelum ini?


Kalau sebelum ini masih belum ada penjelasan lanjut mengenai khabar angin Neelofa bakal disunting menjadi suri kepada kerabat tertinggi di negeri Kelantan. Baik daripada pihak Neelofa mahupun istana Kelantan juga.

Neelofa tetap mengunci mulutnya daripada sebarang kenyataan walaupun ada pihak yang tampil meyakinkan sumber yang dimiliki masing-masing sahih dan benar.

Jadi kenapa pihak Pejabat Istana Kelantan temui media? Menerusi blog Noor Mala Shahar, blogger itu telah berkongsi cerita tentang pertemuan yang dibuat oleh Pejabat Istana Kelantan dengan pengamal media baru-baru ini. Namun, pertemuan tersebut tidak ada kena-mengena dengan isu Neelofa.

Sebaliknya, ia diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan orang media dan istana. Media diberi taklimat berhubung tugas dan tanggungjawab pihak terbabit selain beberapa agenda yang bakal dianjurkan bersama antara Kelab Media Kelantan Darul Naim dengan Pejabat Sultan Kelantan.

Ok, jelas tak ada kaitan dengan isu Neelofa dan khabar angin berkenaan. Ia cuma pertemuan pihak istana Kelantan dengan pengamal media sahaja. Pada kami, benda ni tak perlulah nak korek sangat. Lama-lama kelamaan akan terbongkar juga.

Selain itu, kami setuju dengan portal Murai yang bersetuju dengan tindakan bijak Neelofa yang enggan mengulas mengenai hal ini kerana ia melibatkan pihak dan individu yang merupakan kerabat diraja.

Jika tersalah bicara akan menimbulkan perkara-perkara yang diluar jangkauan minda kita sebagai rakyat biasa.


Tetapi jika benar pun memanglah cocok sekali Neelofa untuk bersanggah di atas singgahsana negeri Kelantan yang merupakan tanah tumpah anak kelahiran Pasir Mas itu.

Pasti Neelofa akan tambah berseri kalau jadi permaisuri kan? -ammboi

Related Posts