Pengambilan Makanan Ringan Punca Kanser Payudara

shares |

Amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan antara faktor penyebab berlakunya kanser payudara di kalangan kaum wanita negara ini.


Hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Radiologi Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati pengambilan makanan ringan yang kerap dalam kauntiti yang banyak boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara.

Menurut Dr Nik Munirah Nik Mahdi, lebih dari 150 kes kanser payudara yang direkaodkan setiap tahu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan secara puratanya dua hingga tiga kes kanser payudara dilaporkan dalam tempoh masa seminggu.

Berkata kepada pemberita, Dr Nik Munirah turut menjelaskan bahawa proses rawatan kanser payudara akan menjadi lebih mudah sekiranya kaum wanita mengambil langkah awal mengesan kanser tersebut.

Sekiranya lewat melakukan rawatan awal, peluang untuk mereka sembuh amat tipis kerana proses rawatan kanser payudara ini kebiasaanya akan mengambil masa yang panjang dan untuk disembuhkan jika sudah sampai ke tahap serius.

Diakhir temubualnya, Dr Nik Munirah turut menasihatkan kepada masyarakat terutamanya kaum wanita supaya mengikis sikap malu untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemerikasaan awal.

Katanya lagi, penyakit ini boleh dicegah jika setiap wanita mengambil langkah melakukan pengesanan pada peringkat awal.

Related Posts