Samsung Lepaskan Note 4 Phablet Lebih Awal

shares |


Samsung mempercepatkan tarikh pelancaran Note 4 'phablet' selepas pesaing terdekat, Apple melaporkan rekod tempahan awal terhadap rangkaian terbaharu iPhone, termasuk iPhone 6 Plus hujung minggu lalu yang merupakan kemasukan buat julung kali firma dari Amerika Syarikat ke dalam segmen skrin besar.

Jumlah jualannya berjaya mencatatkan 10 juta unit dalam masa tiga hari selepas dilancarkan di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico dan Singapura, Jumaat lalu.

Samsung mempelopori pasaran untuk segmen peranti 'phablet' bersaiz antara telefon pintar dan komputer tablet selepas memperkenalkan Galaxy Note pada 2011.


Menerusi pengenalan telefon pintar Galaxy S, syarikat gergasi elektronik Korea Selatan itu berjaya menyingkirkan Apple sebagai pengeluar terkemuka telefon pintar.

Namun, Samsung berdepan dengan cabaran yang semakin sukar dalam pasaran yang besar di mana persaingan daripada pengeluar telefon murah China didapati bertambah kebelakangan ini.

Samsung pada Julai lalu melaporkan penurunan 20 peratus keuntungan bersihnya bagi suku kedua manakala sahamnya kini diniagakan pada paras rendah dalam tempoh dua tahun.

Related Posts