Selebriti Korea Beri Penghormatan Terakhir Kepada EunB

shares |

KIRA-KIRA 50 selebriti Korea menziarahi jenazah EunB di Hospital Anam, Universiti Korea, Seoul sebagai penghormatan kali terakhir.


Antara selebriti yag hadir termasuklah ahli-ahli kumpulan Super Junior, KARA, Girl's Day, A Pink, B1A4, Bangtan Boys, AOA, BTOB, dan FT Island.

Selain itu, Dal Shabet, BESTie, Secret, Sunny Hill, TAHITI, Block B, Cross Gene, JJCC, Halo, Yang Dong Gun, Kim Bum Soo, Song Ga Yeon, AlphaBAT, BIG, TINT, Hello Venus, Bumkey, TROY, San E dan Jung Junha turut hadir memberi penghormatan kepada mendiang.

Sojung dan Rise masih lagi kritikal di hospital.

EunB yang merupakan anggota kumpulan Ladies Code itu ditempatkan di hospital berkenaan sejak Rabu lalu bagi memudahkan keluarga dan rakan-rakan terdekat menziarahinya.

Pada Rabu lalu, van yang membawa anggota kumpulan Ladies Code terbabas akibat permukaan jalan raya yang licin sehingga menyebabkan ia melanggar pembahagi jalan.

Menurut laporan Soompi, kemalangan tersebut menyebabkan EunB mati di tempat kejadian manakala dua lagi ahlinya, Sojung dan Rise cedera parah dan kini masih lagi berada dalam keadaan kritikal.

Related Posts