Shiqin Kamal Diberi kepercayaan?

shares |

Shiqin Kamal yang kini baru berusia 23 tahun pernah mencatat sejarah dalam karier lakonannya. Mana tidaknya Shiqin Kamal telah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Lagenda Budak Setan.


Namun kerana kekangan masa sebagai penuntut pada ketika itu, Shiqin terpaksa menolak pelbagai tawaran yang datang silih berganti.

"Ketika itu saya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), jadi kerana tidak mahu ketinggalan kuliah, jadi saya terpaksa menolak banyak tawaran.

"Namun dek kerana keputusan saya itu, ramai yang ingat saya tidak mahu berlakon dan lama-lama orang mula lupa saya.

"Alhamdulillah kini saya sudah tamat penggajian dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari. Jadi saya rancang untuk kembali aktif selepas ini," ujarnya yang ditemui Zass di lokasi penggambaran filem terbarunya, Warna Cinta Impian di Cyberjaya baru-baru ini.

Related Posts