Tahukah Anda CIMB Kini Mewujudkan Satu Mesin Deposit Syiling

shares |


Bagus jugak kan sekarang dah ada Mesin Deposit untuk duit syiling. Senang la sikit nak bank in duit syiling nanti. Masuk kan sahaja semua duit syiling yang ada ke dalam ruangan yang disediakan dan tak perlu kot nak kira sendiri dah.


Kat rumah ni selalunya kitaorang tukar dengan kantin sekolah je. Kantin kan selalu nak kena ada duit syiling so bila diaorang perlukan duit syiling diaorang akan mintak la nak tukar.

Tapi bila tukar camtu leceh sikit la sebab nak kena kira dulu.


Kalau masukkan dalam Coin Deposit Machine ni nanti mudah sikit kot. Lagipun dia terus masuk dalam akaun bank kita kan.

So pasni pada yang agak-agak susah nak menabung tu boleh la consider menabung duit syiling dalam tabung dulu, pastu bila tabung dah penuh boleh masukkan dalam Mesin Deposit Syiling ni. Jadikan akaun CIMB tu sebagai simpanan yang korang tak kan keluarkan.

Mana-mana yang tak de akaun CIMB boleh la timbang tara untuk buka 1 akaun.

Cumanya buat masa ni tak banyak Mesin Deposit Syiling ni yang disediakan.


Cuba cek list kat bawah ni mana tahu kot² ada yang dekat dengan kawasan anda kan..?
1. Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar Kedah
2. Wisma Square Point, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bahru Kelantan
3. Jalan Mutiara Timur Satu, Taman Mutiara, Cheras Kuala Lumpur
4. Menara Bumiputra-Commerce, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur
5. Wisma Koponas, Jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur
6. Jalan Desa Jaya, Pekan Kepong, Kepong Kuala Lumpur
7. The Boulevard Shop Office, Jalan 11/48A, Sentul Raya Kuala Lumpur
8. Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur
9. Wisma Dewan Perniagaan Melayu, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban Negeri Sembilan
10. Bangunan BCB 21 Jalan Bank, Kuantan Pahang
11. Prangin Mall, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Butterworth Penang
12. Canning Estate, Ipoh Garden, Ipoh Perak
13. Jalan P8C/1, Presint 8 Putrajaya
14. Wisma Pauson, Jalan Taming Kanan 1, Taman Taming Jaya, Balakong Selangor
15. Jalan Besar, Banting Selangor
16. Jalan SS6/14, Kelana Jaya Selangor
17. Wisma Esther Robert, Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor
18. Wisma BU8, No 11, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Selangor
19. Jalan 52/2, Section 52, Petaling Jaya Selangor
20. Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya, Puchong Selangor
21. Jalan Bandar Rawang 2, Pusat Bandar Rawang, Rawang Selangor
22. Jalan Pinang B18/B, Seksyen 18, Shah Alam Selangor
23. Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu Terengganu
P/S: Harap lepas ni bank-bank lain akan turut sediakan mesin deposit syiling ni jugak..

Sumber dipetik dari sumarz.

Related Posts