YB Khairy Jamaluddin Dah Mula Berlakon Sekarang, Tak Percaya? Saksikan Rakaman Videonya

shares |


Filem Inspektor Mastura arahan pertama kali Elaine Daly turut dibintangi oleh Beto Kushairy, Hans Isaac, Sharifah Aleya dan Adibah Noor.

Jelas Elaine yang kami temui di GSC Gardens “Saya dapat lihat Yb KJ seorang yang sangat komited dan profesional sebagai seorang pelakon dalam filem ini.

Walaupun pada waktu pengambaran hujan dan masa yang singkat untuk latihan bersama Sharifah Aleya namun apabila tiba waktu pengambaran Yb KJ dapat lakukan dengan baik sekali sebagai peniaga ayam percik yang menjadi makanan kegemaran Mastura setiap kali ke pasar malam”


Faktor utama saya mempelawa YB KJ kerana memang sengaja mahu membuat kejutan pada akhir cerita kepada penonton kerana yakin YB KJ mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri apatah lagi YB juga boleh dikatogerikan sebagai seorang yang ‘handsome’.

Yb pun dah tengok filem ini dan dia pun sebenarnya teruja untuk mewarwarkan kepada orang ramai” Jelas Elaine ketawa.

Filem Inspektor Mastura memaparkan kisah tentang dilema wanita yang cuba melindungi hatinya daripada perasaan cinta. Beto Kushairy memegang watak sebagai inspektor tahir yang menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugas iatu Mastura lakonan Sharifah Aleya, namun perasaan itu tidak berbalas.

Bagi peminat mahupun yang sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya politik YB Khairy Jamaluddin jangan lupa saksikan penampilan khas YB menerusi filem pendek ‘Inspektor Mastura’ ekslusif hanya di platform ‘Astro First’.

Sedutan pendek dari filem Inspektor Mastura..

Related Posts