8 Sebab Mengapa Kita Tidak Boleh Terlebih Tidur

shares |

"Penatnya badan, nak tidur la dulu". Kita mungkin mengalami detik-detik betapa letih dan penatnya badan akibat seharian bekerja.

Dalam islam sendiri mengalakkan agar tidur sekejap kira-kira 15-30 minit sebelum masuk sembahyang zuhur. Ini kerana dengan tidur sekejap itu dapat mengembalikan semula tenaga pada badan.


Memanglah siapa yang tak suka tidur sebab dengan tidur kita dapat mengembalikan kesegaran pada tubuh selepas penat bekerja. Dengan tidur juga kita dapat melupakan semua masalah dalam kehidupan. Tapi jangan terlebih tidur dah la....

Sebelum itu apa dia terlebih tidur? Terlebih tidur ialah keadaan di mana kita tidur lebih lama daripada sepatutnya. Dalam kes orang dewasa, 6 jam tidur adalah waktu yang paling optimum yang diperlukan oleh badan untuk berehat dan mengembalikan kesegaran kepada tubuh.

Mengapa tidak boleh terlebih tidur? 

Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan mengatakan jika seseorang itu terlebih tidur ia boleh menyebabkan masalah kesihatan pada badan misalnya:

1. Penyakit diabetes
Kajian mendapati bagi mereka yang terlebih tidur akan mudah mendapat penyakit diabetes berbanding dengan mereka yang mendapat tidur secukupnya.

2. Penyakit jantung
Kajian mendapati seseorang yang tidur 8 hingga 9 jam sehari akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

3. Pelupa
Benar, tidur boleh meningkatkan pembentukan tahap ingatan. Walau bagaimanapun, mereka yang tidur selama 8 hingga 9 jam sehari memberi kesan yang sebaliknya. Ini kerana bagi mereka yang terlebih tidur ianya boleh melambatkan fungsi sel-sel di bahagian otak.

4. Kemurungan
Banyak kajian yang dilakukan terhadap pesakit yang mengalami masalah kemurungan adalah disebabkan mereka tidur secara berlebihan. Tambah buruk apabila mereka masih kekal dengan aktiviti tersebut walaupun mengetahui kesan buruk ke atas mereka.

5. Kematian
Sekalipun tiada fakta sahih yang dapat mengaitkan, namun terdapat penyelidikan yang menyokong bahawa tidur secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kematian secara mengejut.

6. Obesiti
Menurut kajian yang dilakukan, seseorang yang tidur secara berlebihan akan berisiko 21 peratus lebih tinggi untuk mengalami obesiti. Ini kerana ketika tidur, metabolisme menjadi perlahan.

7. Sakit belakang
Individu yang tidur secara berlebihan, berpotensi besar untuk kerap mendapat sakit belakang. Bagaimanapun, sekiranya seseorang pesakit itu berbaring di atas katil khas yang disediakan maka kemungkinan untuk mendapat sakit belakang masih di tahap biasa.

8. Tidak cantik
Mereka yang tidur secara berlebihan boleh menyebabkan muka menjadi sembab dan ini memberikan penampilan yang kurang menarik lebih-lebih lagi buat wanita.

Related Posts