Benarkah Fazura Bakal Jadi Juri Di Maharaja Lawak Mega 2014 Nanti?

shares |


Kalau benar seperti apa yang disampaikan, nampaknya Maharaja Lawak Mega (MLM) meneruskan tradisi melantik jelitawan menjadi salah seorang juri tetap mingguan mereka selepas kerusi itu pernah diduduki Luna Maya, Lisa Surihani dan Nora Danish sebelum ini.

Ada khabar mengatakan, Nur Fazura bakal menjadi pilihan seterusnya untuk bergelar juri tetap di Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Memang rezeki pelakon ini selepas baru sahaja tamat dengan penggambaran filem Langit Cinta.

Beliau juga akan tampil dengan filem terbaru Manisnya Cinta Di Cappadocia tidak lama lagi dan nampaknya para peminat akan melihat lebih kerap wajah jelita Fazura di kaca televisyen juga layar lebar selepas ini. Murah rezeki Fazura.


Dalam perkembangan berkaitan, Nur Fazura memaklumkan menerusi akaun Instagram beliau baru baru ini yang akaun Facebook rasminya yang mempunyai lebih 800,000 likes telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Jadi, sila ambil perhatian ya.

Related Posts