Cerita Saksi Kejadian Letupan Di Bukit Bintang

shares |


Kehidupan atau aktiviti malam di Bukit Bintang berjalan seperti biasa, kira-kira 18 jam selepas berlakunya letupan bom yang membunuh seorang joki dan mencederakan 12 yang lain.

Walau bagaimanapun, terdapat penduduk tempatan di lorong-lorong belakang berhampiran Kompleks Sun masih diselubungi rasa takut terhadap tindakan balas oleh samseng.

Polis percaya kejadian dua bom tangan yang dilemparkan di hadapan kompleks adalah sebahagian daripada konflik yang membabitkan samseng.

Perniagaan berjalan seperti biasa di hadapan Kompleks Sun pukul 8.30 malam dengan kelab malam dan kedai kopi di belakang Hotel Royale Bintang masih dibuka. Kira-kira 20 pelanggan dilihat sedang makan malam di kedai kopi tersebut.

Lalu lintas di kawasan itu juga tetap sibuk.

Walau bagaimanapun, penduduk di sana masing-masing mengunci mulut.

"Jika wajah saya muncul dalam surat khabar, saya 'mesti kena'. Saya tidak boleh bercakap. Mereka akan datang cari saya selepas itu," kata seorang pengawal keselamatan apabila didekati oleh The Star.

Dia adalah salah seorang daripada orang ramai yang berdiri di luar kawasan pengawasan polis, untuk melihat pegawai forensik memeriksa kawasan itu bagi mendapatkan petunjuk.

Terdahulu, bom tangan kedua telah diletupkan oleh polis, menyebabkan asap berkepul ke udara.

Selepas polis meninggalkan tempat kejadian kira-kira pukul 2 petang, beberapa perniagaan di kompleks itu mula dibuka, dengan penduduk tempatan pergi menghampiri tempat kejadian jenayah dan mengambil gambar.

Seorang wanita berkata dia sedang tidur apabila dia mendengar letupan pertama pada pukul 4.25 pagi Khamis.

"Saya berada di rumah flat saya, sedang tidur. Saya hanya dengar letupan," katanya.

Dia berlalu pergi ketika ditanya dengan lebih lanjut mengenai perkara ini sambil menarik tangan suaminya.

Seorang perempuan tua berkata dia memiliki sebuah kedai ubat berhampiran kelab malam Cherry Blossom.

"Tingkap kedai saya retak, tetapi barang-barang semua okay. Saya rasa ia (keadaan sekitar) akan menjadi baik," katanya.

Ditanya jika pergaduhan menjadi perkara biasa di kawasan itu, dia berkata ini adalah kali pertama dia mendengar tentang perkara itu.

"Saya rasa ini hanya satu perkara peribadi," katanya.

Ahli perniagaan tempatan U. Thamotharon, 48, berkata, pondok polis berhampiran telah dibiarkan kosong sejak tiga atau empat tahun lalu, yang juga pernah menjadi sarang pelacur.

"Tetapi jika mereka (polis) berada di sini, bagaimana kelab ini masih boleh dibuka hingga pukul 4 pagi? Apa yang Dewan Bandaraya lakukan?"

"Ini merupakan pusat bandaraya KL. Ini perlu dihentikan," katanya.

Related Posts