Dulu Tempat Persundalan, Kini Berubah Menjadi Surau Dan Madrasah

shares |


Alhamdulillah, dengan keberkatan usaha dakwah, Allah S.W.T telah ubah keadaan dan suasana dari kegelapan kejahilan kepada cahaya keimanan.

Dulunya bangunan ini adalah rumah pelacuran tetapi sekarang bangunan ini berubah menjadi surau dan juga berfungsi sebagai madrasah tahfiz.

Cerita seorang ahbab Jemaah Tabligh:
Saya pernah keluar 3 hari di situ, alhamdulillah ada 10 orang pelajar tahfiz dari Kemboja. Tukang masak seorang dari Acheh,Indonesia.

Dulu tempat itu adalah rumah pelacuran dan sekarang dgn izin Allah telah berubah. Ianya bermula berkat ketabahan usaha dakwah yang dilakukan oleh Hj Ismet dan Haji Zakaria Kg Baru yang bertekad ingin mengubah keadaan dan suasana di kawasan tersebut.

Bangunan tersebut apabila dikemas, banyak kondom yang telah dipakai ditemui sampai 2 beg besar berjaya dihimpunkan.

Renovation telah dibuat terhadap bangunan tersebut.Di bahagian bawah bangunan ini terletaknya kedai menjual pakaian sunnah dan diatas ada surau dan madrasah tahfiz.
Sama-sama kita mendoakan supaya surau dan madrasah tahfiz ini dipelihara oleh Allah S.W.T.

Juga sama-sama kita doakan supaya Allah S.W.T limpahkan keberkatan terhadap Haji Ismet, Haji Zakaria dan keluarga mereka kerana menjadi asbab terbinanya surau Annur dan madrasah tahfiz tersebut.

Sumber ini dipetik dari Anak Pendang Sekeluarga.

Related Posts