Erin Malek Dan Farriz Fauzy Tak Peduli Gosip Liar Sebelum Nikah

shares |


Pasangan pengantin baru, Erin Malek dan suaminya Farriz Fauzy menjelaskan yang mereka tidak terkesan dengan gosip yang sengaja direka untuk menjatuhkan mereka malah menganggap ianya sekadar perkara ringan dan tidak perlu difikirkan terlalu jauh.
Erin ada baca dan nak tergelak pun ada, bagi Erin ketika itu kami masing-masing sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan tetapi tiba-tiba timbul pula gosip yang sebegini dan Erin tak kisah pun, ujarnya sejurus selesai upacara akad nikah.


Farriz pula menjelaskan bahawa dia terpaksa memberitahu perkara sebenar kepada keluarganya mengenai gosip tersebut supaya tidak timbul salah faham antara satu sama lain.
Ada orang mendakwa bahawa kami melakukan perkara yang tidak senonoh di depan khalayak ramai. Bagi saya benda itu semua tidak benar, disebabkan gosip-gosip yang sebegitu saya perlu pula menjelaskan kepada ahli keluarga yang tidak biasa dengan gosip.

Jadi saya terangkan, yang kami (Farriz dan Erin) tidak bodoh untuk melakukan benda-benda yang tidak senonoh di depan orang ramai,“ katanya lagi kepada media.
Dalam temubual sama, Erin Malek yang memilih Los Angeles sebagai lokasi bulan madu turut berkata yang beliau akan mengambil cuti selama beberapa bulan selepas pulang ke Malaysia pada 4 November ini sebelum kembali berlakon.

Related Posts