Gambar Terkini Juliana Evans Yang Hot Giteww...

shares |


Selepas menamatkan pengajian di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat sekitar April 2014 yang lalu, ramai bertanyakan bilakah Juliana Evans akan kembali ke Malaysia sekaligus meneruskan penglibatan dalam dunia hiburan.

Bercakap kepada Harian Metro, Juliana Evans yang menyambung pengajian di Akademi Filem New York berkata beliau banyak menimba pengalaman ketika menetap di Los Angeles selain ada mengintai peluang berlakon serta terbabit dalam kerja-kerja produksi.




Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yang ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita.

Di sini ramai kenalan yang sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.

Bagaimanapun saya ambil keputusan untuk kembali kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.

Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan mulakan penggambaran.

Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA.

Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini, jelas Juliana Evans.

Gadis berusia 25 tahun ini juga khabarnya bakal menandatangani kontrak sebagai duta produk kecantikan antarabangsa pada Januari 2015.

Related Posts