Harga Gas Memasak Naik Mulai 1 November

shares |


Sebuah notis kenaikan harga gas mula tersebar di laman Facebook sejak semalam.

Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak Summit Petroleum (M) Sdn Bhd yang mengambil keputusan untuk mengurangkan insentif kadar kerugian yang ditanggung dengan memotong insentif jualan yang diberikan kepada para pengedar sebanyak RM0.50 setiap silinder.

Menurut notis itu lagi, mereka terpaksa menaikan harga jualan dari yang sedia ada memandangkan sumber kewangan bagi menampung kos operasi perniagaan itu bergantung kepada insentif yang diberikan.

Berikutan dengan itu, pihak Summit memohon para pengedar bersedia untuk memindah kenaikan kos tersebut kepada para pelanggan mereka.


Nampak gayanya, kita harus tukar gaya hidup. Sahut kempen bawa bekal ke tempat kerja.., Atau bertukar menggunakan dapur kayu.

Related Posts