"Hidup Menghisap Duit Rakyat Bolehlah", Kecam PEMINAT Nora Danish Kepada Nedim

shares |


Tidak dinafikan ramai yang terkejut apabila harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak RM0.20 baru-baru ini.

Perkara tersebut mendapat perhatian banyak pihak dan telah menjadi perbualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Tidak ketinggalan kekasih kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri yang telah meninggalkan komen kepada salah seorang pengguna laman sosial lain supaya menggunakan motorsikal ke pejabat berikutan kenaikan harga bahan api itu.

Selain itu, Nedim yang menggunakan pengenalan diri sebagai bossned_ turut menyarankan supaya pengguna laman sosial itu membuat perbandingan harga minyak di negara ini dengan Thailand.

Komen tersebut telah di ‘screen capture’ oleh seorang pemilik akaun twitter telah dikongsikan menerusi akaun Facebook (FB) blog Rotikaya.

Tidak mengambil masa yang lama, pengikut di akaun FB blog tersebut telah mengecam komen yang dibuat Nedim.

Malah ramai yang menganggap pandangan yang dikemukakan oleh anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu sebagai kurang bijak.

Lebih 2 ribu komen telah ditinggalkan pada gambar yang dimuat naik di akaun FB Rotikaya selain mendapat 19,014 ‘like’ dan 405 perkongsian semasa artikel ini ditulis.

Di bawah Astro Gempak kongsikan beberapa komen daripada pengikut blog tersebut yang tidak berpuas hati dengan cadangan yang dilontarkan Nedim:



Sumber ini dipetik dari murai.com.my.

Related Posts