Julia Perez simpan benih di Pulau Pinang?

shares |


Jakarta: Penampilan seksi dan gedik tidak menjamin kebahagiaan. Sekurang-kurangnya itu dialami pelakon, penyanyi, penyampai dan model sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe).

Pada usia 34 tahun, Jupe teringin hamil dan membesarkan anak sendiri namun dia berdepan masalah besar - hingga kini dia belum ada kekasih baru.

Namun Jupe tidak terus buntu. Bagi Julia, dia akan mengambil jalan pintas untuk mengukukan impiannya memiliki anak, iaitu melalui program bayi tabung uji.

“Saya akan melakukan persenyawaan in-vitro,” katanya mengenai kaedah persenyawaan benih dalam makmal yang kini banyak dilakukan di seluruh dunia.

Pada mulanya, kata Jupe, dia mahu melakukan kaedah itu di Singapura namun kerana kos sangat mahal, dia mengambil keputusan untuk melakukan program itu di Pulau Pinang, Malaysia.

Menurut Jupe, dia sudah ada penderma sperma yang sesuai tetapi enggan mendedahkan identiti lelaki terbabit.

Dengan adanya penderma sperma, kata Jupe, kini dia bebas untuk melakukan prosedur.

“Yang penting, saya kini bersedia sepenuhnya dan akan bertanggungjawab,” katanya.

Pelakon itu yang baru-baru ini membatalkan pertunangannya dengan pemain bola sepak Gaston Castano.

Related Posts