Kereta Isteri Mark Adam Dirompak, Malah Turut Ditendang

shares |


Ini kisah malang yang berlaku kepada isteri penyanyi terkenal iaitu Mark Adam. Kejadian malang ini sememangnya memberi kesan trauma kepada isteri Mark Adam iaitu Nor Azah Redzuan.

Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa sedih apabila isterinya Nor Azah Redzuan, 35, ditendang oleh perompak dalam satu kejadian kecurian kereta di Batu Caves, Gombak pada Khamis lalu.

Mark, 35, berkata, lebih membuatkan dia geram apabila ketika kejadian itu, dia tiada bersama isterinya.

“Kejadian berlaku ketika isteri saya ingin pulang ke rumah kami di Batu Caves di mana sebuah kereta jenis Hilux telah melanggar kereta yang dipandu isteri iaitu Honda CRV dari arah belakang.

“Apabila isteri saya keluar kereta, terdapat tiga lelaki turut keluar dari Hilux tersebut dan salah seorang daripada mereka menendang isteri saya pada bahagian perut manakala seorang lagi terus membawa lari kereta kami.

Yang lebih membuatkan Mark Adam berasa ralat ialah ketika kejadian tersebut beliau tiada di sisi isterinya.

Tambah Mark, salah seorang daripada perompak tersebut telah ditahan polis selepas dia bersama isteri membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.

“Sekarang ini macam-macam cara orang nak rompak kereta dan salah satunya mereka melanggar kereta di depan sebelum merompak. “Kalau nak cakap tentang kereta hilang, ia ada insuran, tetapi bagaimana jika nyawa yang melayang?

“Saya harap kejadian ini dapat menjadi pengajaran buat semua. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri memandu. Lagipun dia masih trauma,” ujarnya.

Kata Mark lagi, kejadian itu membuatkan isterinya masih trauma, ditambah pula kesan tendangan itu membuatkan isterinya kerap mengadu sakit perut.

Sementara itu, Mark berharap kejadian yang berlaku pada isterinya dijadikan pengajaran buat orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika di jalan raya.

Related Posts