Menaiki Pengangkutan Awam Boleh Menurunkan Berat Badan Anda

shares |


Kebiasaanya bagi sesiapa yang hendak menurunkan berat badan pasti akan berkunjung ke pusat rawatan kecantikan bagi wanita atau pergi ke gimnesium bagi lelaki untuk melakukan senaman.

Tiada salahnya sekiranya kita mahu menggunakan cara tersebut untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan, asalkan kita sanggup mengeluarkan duit poket sendiri dan sudah tentu bayaranya bukan sedikit.

Pasti kita tidak perasan, mereka yang sering menggunakan pengakutan awam seperti bas atau teksi, rata-ratanya bertubuh langsing berbanding mereka yang memandu kenderaan sendiri terutamnya bila hendak pergi dan pulang dari tempat kerja.

Menurut satu kajian yang dilakukan terhadap 15,000 orang peserta di Landon mendapati indeks massa tubuh (IMT) untuk peserta lelaki secara puratanya berada pada ukuran 28 dan 27 pula bagi wanita.

Untuk info anda, IMT merupakan kandungan jumlah lemak dalam badan seseorang yang boleh disukat dengan menggunakan kaedah perbandingan antara dan berat dan ketinggian seseorang.

Sekiranya bacaan IMT berada sekitar 25 hingga 29, ini bermakna seseorang itu memliki berat badan yang berlebihan. Satu poin IMT adalah sekitar 3 kilogram.

Berdasarkan keputusan kaji selidik lain yang dibuat oleh Kolej Universiti London mendapati, individu yang menaiki kenderaan sendiri memliki skor IMT yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang sudah biasa menggunakan pengangkutan awam.

Hasil kajian perbandingan yang dilakukan terhadap individu yang biasa berjalan kaki pula mendapati skor IMT mereka lebih kecil dari individu yang menaiki basikal.

Menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi tertentu terutamanya ke tempat kerja bukan sahaja membantu seseorang itu berjimat malah menjadikan tubuh badan lebih sihat berbanding dengan individu yang hanya fokus pada berdiet dan melakukan aktiviti fizikal seperti senaman untuk mencegah masalah kegemukan (obesiti).

Sekiranya tempat yang ingin ditujui itu tidak jauh dari lokasi kediaman, guna pendekatan berjalan kaki atau berbasikal sebagai salah satu strategi untuk mengurangkan berat badan sekaligus dapat mengelak dari mendapat risiko penyakit lain yang berpunca dari obesiti.

Related Posts