MH17: Dua Lagi Jenazah Terakhir Akan Tiba Di Sarawak

shares |


Sebentar tadi Sarawakiana telah dimaklumkan oleh sumber mengenai berita penghantaran balik dua lagi baki jenazah mangsa pesawat MH17 yang terakhir iaitu jenazah Allahyarham Mohd Afruz Tambi, 13 dan Mendiang Meling Mula, 48.


Difahamkan, Jenazah mendiang Meling Mula telah dikenalpasti pada September 18 lalu di jadualkan akan diterbang terus ke Bintulu.


Manakala Jenazah Mohd Afruz, juga telah dikenalpasti hanya pada September 25 akan dikebumikan.

"Kepulangan" jenazah Allahyarhamah Afruz, akan "melengkapkan" kembali keluarga Tambi Jiee yang terkorban bersama Isterinya Ariza Ghazalee, 46 dan anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17 dan Marsha Azmeena, 15.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada Julai 17 yang lepas.

Walaubagaimanapun, tarikh sebenar kepulangan dua jenazah terakhir yang berasal dari Sarawak tersebut akan diputuskan lagi oleh pihak Belanda samaada pada 3 atau 7 Oktober ini nanti.

sumber dipetik dari sarawakiana.net.

Related Posts