Misteri Kampung Orang Kerdil Yang Tidak Dapat Di Rungkai

shares |


Yangsi: Sebuah kampung terpencil di Sichuan wilayah barat daya China, telah membingungkan para saintis selama beberapa dekad lamanya.

Kira-kira 40 peratus daripada beberapa penduduknya lebih pendek daripada manusia biasa, purata 36 daripada 80 penduduk kampung adalah kerdil.

Yang paling tinggi di rekodkan adalah kira-kira 3 kaki 10 inci tinggi dan yang paling pendek, 2 kaki 1 inci.

Terlalu besar peratusan untuk dikategorikan sebagai kejadian rawak, tetapi setakat ini tiada sesiapa yang dapat memberikan penjelasan yang tepat.

Hari ini, kerana bilangan besar penduduk kampung yang kerdil, Yangsi dikenali sebagai 'Kampung kerdil'.


Menurut orang-orang tua kampung, kegembiraan mereka telah hancur pada malam musim panas lama lalu, apabila penyakit yang jahat melanda rantau ini.

Beberapa penduduk tempatan mengalami keadaan misteri yang belaku terutamanya kanak-kanak yang berumur antara 5 dan 7.

Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak berhenti membesar, berada di ketinggian yang sama untuk sepanjang hayat mereka.

Selain daripada ketidakupayaan mereka untuk menjadi lebih tinggi, beberapa mangsa juga menderita dalam keadaan cacat.

Para saintis dan pakar-pakar melawat Yangsi untuk mengkaji air, tanah dan biji-bijian di rantau ini. Mereka juga mengkaji individu yang terlibat dengan harapan mengumpul beberapa petunjuk.

Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat menentukan punca sebenar di sebalik keadaan itu. Ia kekal menjadi sebagai misteri hingga ke hari ini.

Related Posts