Nad Zainal Kini Kembali Solo, Jika Berminat Sila Ngorat Cecepat

shares |


Seperti Hefny Sahad ceritakan melalui satu temubual, Nad Zainal dikatakan adalah cinta pertamanya sejak masuk dalam industri hiburan walaupun hubungan mereka hanya bertahan selama beberapa bulan dan kini sudah pun membawa haluan masing masing.

Secara rasminya, Nad Zainal juga turut mengakui yang beliau sudah kembali solo sejak dua bulan yang lalu dan tidak bernasib baik dalam soal cinta namun ianya bukanlah sesuatu yang membimbangkan dirinya.

Kalau ikutkan sudah dua bulan saya solo, ikutkan perasaan itu tiada apa sangat memandangkan waktu sekarang ini saya lebih fokus dengan kerja.

Memang saya kurang bernasib baik dalam cinta, kalau tengok rakan-rakan yang lain senang sahaja, tetapi tidak mengapa mungkin saya belum jumpa yang betul-betul serasi dengan saya, ujarnya dalam satu kenyataan akhbar.

Nad Zainal juga turut menambah beliau merupakan seorang yang setia dalam hubungan dan tidak kisah untuk mula mengenali orang lain.

Saya kalau berkawan dengan seseorang saya akan komited. Saya sekat diri saya untuk kenal dengan orang lain.

Tetapi mungkin selepas ini saya akan lebih selesa bercerita mengenai hubungan selepas semuanya betul-betul stabil, tambahnya lagi.

Tidak mengapalah, Nad. Anda muda lagi kan? Pasti akan ada jodoh yang terbaik buat anda.

Related Posts