Panduan Tips Jimatkan Minyak Kereta Secara Mudah

shares |


Panduan tips jimatkan minyak kereta secara mudah. Berikutan kenaikan harga minyak Ron95, pengguna perlulah mengatur langkah yang bijak dalam perbelanjaan terutamanya melibatkan kos minyak kereta anda.

Berikut adalah beberapa tips ringkas yang ingin dikongsikan kepada anda mengenai cara menjimatkan penggunaan minyak kereta.

Panduan Tips Jimatkan Minyak Kereta Secara Mudah :

1. Kurangkan penggunaan aircond.

2. Rancanglah perjalanan anda agar menjimatkan masa perjalanan dan menjimatkan penggunaan minyak.

3. Isi minyak pada awal pagi dan sewaktu tengah malam. Isipadu minyak pada waktu ini adalah lebih mampat berbanding waktu panas (tengah hari).

4. Elakkan jalan yang berliku kerana akan menyebabkan penggunaan brek yang lebih banyak.

5. Elakkan brek mengejut atau secara tiba-tiba.

6. Tekan pedal minyak secara berhemah iaitu pada 2000 RPM sehingga 2500 RPM.

7. Elakkan menekan pedal minyak hingga ke lantai kerana akan menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi.

8. Sentiasa tutup tingkap kenderaan.

9. Periksa tekanan angin tayar dan pastikan ianya mencukupi.

10. Elakkan membawa bebanan yang berat atau muatan yang melebihi had.

11. Kalau boleh sentiasalah menggunakan lebuhraya kerana lebih menjimatkan penggunaan minyak.

12. Servis minyak hitam kereta mengikut jadual. Sebolehnya setiap 5,000 KM.

Dengan sedikit tips di atas mungkin dapat membantu kita dalam menangani isu petrol yang kini kian meningkat sekaligus dapat menjimatkan sedikit wang saku anda.

Sumber ini dipetik dari Melvister.com.

Related Posts