Pengetua AF 2014, Datuk Hattan Berang ADEL Tersingkir

shares |


Siapa sangka pelajar paling konsisten setiap minggu akhirnya menjadi mangsa penyingkiran apabila undian tak berpihak kepada Adel di konsert ketujuh #AF2014 malam tadi.

Bukan korang je yang terkejut, kami yang berada di dewan MBSA pun turut terkesima dengan pengumuman yang dibuat.

Mana taknya, ramai yang menjangkakan Adel antara pelajar yang bakal beraksi di pentas akhir nanti.

Nampaknya, pengetua #AF2014, Datuk Hattan pun turut kecewa dan bengang dengan keputusan tersebut.


Menurut Hattan, Adel tak sepatutnya tersingkir. Walaupun persembahannya malam tadi kurang menyengat, tetapi kawalan vokalnya sangat baik.

Adel merupakan pelajar yang konsisten setiap minggu. Malah, dari mula AF, dia seorang pelajar yang bagus. Saya rasa ini sangat kejam. Saya harap satu hari nanti, pengundi dapat berfikir dan lihat kembali persembahan pelajar yang lepas-lepas, konsisten atau tidak. Jika dia bagus, maknanya dia baguslah.

Saya terbayang Adel adalah salah seorang finalis, tak pernah terlintas di fikiran bahawa Adel akan keluar. Tapi, apa yang boleh saya bantu, nama-nama ini akan saya bawa di setiap konsert saya.

Mungkin saya akan berduet dengan Adel dan berikan dia peluang dalam industri kerana saya rasa perjalanan dia tak sepatutnya berakhir disini. Dia natural born singer, berilah lagu apa, dia tiada masalah.


Tak mengapalah Adel. Perjalanan karier Adel sebenarnya baru bermula. Contohi Aizat Amdan, walaupun tersingkir di minggu ke-7, namanya tetap gah mengalahkan juara musim tersebut.

Sumber dipetik dari ohbulan.com

Related Posts