Polis Dubai Guna Cermin Mata Google Glass

shares |


Dubai – Polis di sini merancang menggunakan cermin mata Google Glass untuk membantu penyiasat mereka memerangi jenayah menggunakan teknologi pengecaman muka.

Cermin mata itu mempunyai skrin komputer kecil yang dipasang pada sudut bingkai dan berupaya merakam gambar dan video.

Seorang jurucakap semalam mengesahkan laporan akhbar bahawa perisian yang direka oleh polis Dubai berkenaan akan membolehkan si pemakai berhubung terus dengan pangkalan data orang yang dikehendaki.

Sebaik peralatan itu boleh ‘mengecam’ suspek berdasarkan mukanya, ia akan memberi isyarat kepada pegawai yang memakai Google Glass itu.

Gajet berkenaan akan mula digunakan dalam fasa pertama memerangi pesalah trafik dan menjejaki kenderaan yang disyaki melakukan kesalahan jalan raya.

Fasa kedua akan menyaksikan teknologi itu digunakan oleh detektif.

Syarikat Internet yang berpejabat di Amerika Syarukat itu berkata Mei lalu, sesiapa saja boleh membeli gajet berkenaan di Amerika Syarikat.

Keputusan Dubai berkenaan dilihat selari dengan pihak berkuasa untuk melengkapkan pasukan polis mereka dengan peralatan canggih. Tahun lalu, pasukan itu mula menggunakan kereta Lamborghini berharga RM1.6 juta di kawasan tumpuan pelancong.

Related Posts